Saturday, April 6, 2013

Demokrasi

Bila kita merujuk pada beberapa orang yg tidak kuat atau tidak terbukti kealimannya, maka pendapat mereka akan menyebabkan anda semakin keliru. Dr alQaradawi mendahului ulama'2 lain dalam bidang fiqh dewasa ini dan pendapat2 beliau lebih unggul jika nak dibandingkan dgn fuqaha' di Malaysia. jadi hujah2 Dr Qaradawi yg disokong dgn dalil2 yg kuat hendaklah diutamakan dari pendapat2 orang lain yg jika kita rasakan tidak sampai ke tahap Qardhawi.

Tasyabbuh adalah hukum umum yg khusus menjaga akidah, ibadah dan peribadi umat Islam. Bila kita bercakap soal sistem ia adalah digunakan utk memudahkan kehidupan kita.

Cth: sistem pertahanan (defence system), terbukti sejak zaman Nabi saw, umat Islam telah mencedok sistem pertahanan dari umat yg lain. Sistem pentadbiran: Umar alKhattab mengambil sistem perakaunan dari farsi dan mengujudkan sistem kepolisian. Mu'awiyah mengambil sistem keselamatan dengan mengujudkan bodyguards yg diambil dari budaya Rumawi dan farsi. Sistem penjara juga diambil dari tamaddun lain.

Maka berbalik pada sistem politik. Mu'awiyah ra memperkenalkan sisten dinasti yg diambil dari sistem sebelumnya. Uthmaniyah menggunakan sistem beraja, Saudi Arabiya menggunakan sistem politik yg berdasarkan Raja. Malaysia selepas Parameswara memeluk Islam mengekalkan sistem beraja. Adapun demokrasi adalah sistem yg tua berasal dari tamaddun Yunani lagi bermaksud rakyat memilih pemimpin dan sistem ini tidaklah asing dalam Islam.

Pokoknya apabila yg kita nak ambil itu sistem, dan tujuannya utk menjadikan kita lebih efisen, maka tidakan mengambilnya bukanlah menyerupai suatu kaum. Islam bila ia mengambil apa jua sistem dia hendaklah mengubahsuai selaras dgn intipati ajarannya.

Demokrasi hanyalah tools, atau sistem. Bayangkan sebilah pisau, ia juga sebilah tools (alat), boleh digunakan utk memotong buah dan pisau yg sama boleh digunakan utk merompak dan membunuh orang.

begitu juga demokrasi...ia adalah sistem atau tool, manusia boleh menggunakan demokrasi utk melantik manusia yg baik ke Parlimen atau membawa manusia kroni, korup dan buruk akhlaknya ke parlimen. Manusia yg pelru dipersalahkan. Lihat sahaja internet, TV, akhbar..boleh membawa maklumat dan ilmu, dan diwaktu yg sama boleh menjadi alat yg kejam dan penyibaran maksiat.    

-SJP-

Thursday, April 4, 2013

Flat.


Im on my way. Ill run this till I achieve my target. Whats the target? Well, wait & see. Ill prove something to the world, who Eyda really is. Sound hiperbola? haha, nothing much, but I got this particular plan to make up my life a worth one. Pray for me. Ill discovered the opportunity, and I wont waste out, will fully utilise them.
enormous passion!